Sejarah Azazil : Penghulu Segala Malaikat, Moyang Segala Iblis
Disebutkan di dalam sebuah kitab hasil penulisan Imam al-Ghazali bahawa
ada Iblis sebelum dilaknat oleh Allah. Cerita tentang kesombongan,
takbur, berbangga diri adalah sebuah kisah yang lebih awal jika sebelum
kejadian manusia. Ia wujud dan bermula ketika manusia masih belum
dicipta. Kerana hanya para malaikat makhluk yang diciptakan sebelum
manusia, kesombongan sejatinya berhulu dari malaikat.
Dikisahkan
tentang Azazil, malaikat yang dikenali oleh sekalian penghuni syurga
kerana doanya mudah dimakbulkan oleh Allah. Dan kerana selalu
dimakbulkan oleh Allah, bahkan para malaikat pernah memintanya untuk
mendoakan agar mereka tidak ditimpa laknat Allah.
Tersebutlah
suatu kisah ketika berkeliling di syurga, malaikat Israfil mendapati ada
tulisan "Seorang hamba Allah yang telah lama mengabdikan diri kepadanya
akan mendapat laknat dengan sebab menolak perintah Allah." Tulisan yang
tertera di salah satu pintu syurga itu dengan tak semena membuat
Israfil menangis. Ia takut itu adalah dirinya. Beberapa malaikat lain
juga menangis
dan ketakutan sebagaimana Israfil, setelah mendengar
khabar mengenai tulisan di pintu syurga itu dari Israfil. Mereka
bersepakat mendatangi Azazil dan meminta Azazil berdoa agar mereka semua
tidak ditimpa laknat dari Allah. Setelah mendengar penjelasan dari
Israfil dan para malaikat yang lain, lantas Azazil memanjatkan doa
kepada Allah.
"Ya Allah. Janganlah Engkau murka atas mereka."
Di
luar doanya yang mustajab, Azazil juga dikenali sebagai Sayyidul
Malaikat atau penghulu segala malaikat dan Khazinul Jannah (bendahara
syurga). Seluruh lapis langit dan para penghuninya menggelar Azazil
dengan panggilan yang penuh kemuliaan dan berbeza-beza.
Di langit pertama, Azazil digelar Aabid iaini ahli ibadah yang mengabdikan diri luar biasa kepada Allah.
Di langit kedua, Azazil diberi gelaran Raki iaini ahli ruku kepada Allah
Di langit ketiga, digelarnya Azazil sebagai Saajid atau ahli sujud
Di langit keempat, Azazil mendapat jolokan Khaasyi kerana selalu merendah diri kepada Allah
Di langit kelima, disebut Azazil sebagai Qaanit kerana ketaatannya kepada Allah
Di langit keenam, digelar Azazil sebagai Mujtahid kerana ia bersungguh-sungguh ketika beribadah kepada Allah
Di langit ketujuh, Azazil turut dipanggil Zaahid kerana sederhana dalam menggunakan sarana hidup.
Selama
120 ribu tahun, Azazil, si penghulu para malaikat menyandang semua
gelaran kehormat dan kemuliaan hingga tibalah suatu masa ketika para
malaikat melakukan mesyuarat besar atas undangan Allah. Ketika itu,
Allah, zat pemilik kemutlakan dan semua niat, mengutarakan maksud untuk
menciptakan khalifah di bumi.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 30 :
"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi."
Semua malaikat hampir tersentak menjawab mendengar kehendak Allah.
"Ya
Allah, mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi yang
hanya akan membuat kerusakan dan menumpahkan darah di bumi padahal kami
senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau." (Surah
Al-Baqarah : 30)
Allah menjawab kekhawatiran para malaikat dan meyakinkan bahwa,
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Surah Al-Baqarah : 30)
Allah
lalu menciptakan manusia pertama yang diberi nama Adam. Kepada para
malaikat, Allah memperagakan kelebihan dan keistimewaan Adam yang
menyebabkan para malaikat mengakui kelebihan Adam atas mereka. Lalu
Allah menyuruh semua malaikat agar bersujud kepada Adam, sebagai wujud
kepatuhan dan pengakuan atas kebesaran Allah. Seluruh malaikat pun
bersujud, kecuali Azazil.
"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman
kepada para malaikat "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka
kecuali Iblis. Ia enggan dan takbur, dan adalah ia termasuk golongan
orang-orang yang kafir" (Surah Al-Baqarah : 34)
Bersemi Sejak di
awal Syurga, sebagai penghulu para malaikat dengan semua gelar dan
sebutan kemuliaan, Azazil merasa tak perlu bersujud kepada makhluk lain
termasuk Adam kerana merasa penciptaan dan statusnya yang lebih baik.
Allah melihat tingkah-laku dan sikap Azazil, lalu bertanya serta memberi
gelaran baru baginya iaitu Iblis.
"Hai Iblis, apakah yang
menghalangimu untuk bersujud kepada yang telah Ku ciptakan dengan kedua
tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri (takbur)atau kamu merasa
tergolong di kalangan orang-orang yang lebih tinggi?"
Mendengar pernyataan Allah, bukan permintaan ampun yang keluar dari Azazil sebaliknya ia malah menantang dan berkata:
(Rangkuman dari beberapa sumber, buku dan lain-lain)
"Wahai
Allah. Bagaimana aku bisa sujud kepada Adam sedangkan Engkau sendiri
telah membisikkan sesuatu kepadaku bahawa ini adalah bagian kehendakMu.
Bagaimana bisa aku sujud kepada yang selain Engkau? Selama ini aku dan
Engkau adalah satu dan pengetahuanMu adalah pengetahuanku dalam
kekuasaanMu. Bagaimana aku bisa sujud kepada makhluk yang akan
menumpahkan darah dan permusuhan? Bagaimana aku bisa sujud kepada
makhluk yang hanya sedikit saja diantara mereka yang akan mengagungkan
Engkau? Bagaimana aku bisa sujud kepada Adam dan anak cucunya yang kelak
sebahagian besar dari mereka akan memusuhi agama Engkau sedangkan
pengetahuan ini adalah Engkau sendiri yang membukakannya untukku. Ya
Allah, sesungguhnya Engkau telah ciptakan aku dari api yang menyala dan
Engkau ciptakan dia dari tanah. Aku tidak akan sujud kepada dia."
"Sujudlah kamu kepada Adam"
"Demi KebesaranMu, aku tidak akan sujud kepada yang lain selain Engkau"
"Sujudlah kamu kepada Adam"
"Sungguh hanya kepadaMu saja aku bersujud"
Mendengar jawapan Azazil yang sombong, Allah berfirman :
"Keluarlah kamu dari syurga. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang diusir".
Sejak
itu Azazil atau Iblis tidak lagi berhak menghuni syurga. Kesombongan
dirinya yang merasakan ia lebih baik, lebih mulia dan sebagainya
berbanding makhluk lain telah menyebabkannya menjadi penentang Allah
yang paling nyata. Padahal Allah sungguh tak menyukai orang-orang yang
sombong.
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia
kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi
membanggakan diri. Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan
rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara
keldai."
Bibit kesombongan Azazil sebenarnya sudah bersemai sejak
Israfil dan para malaikat mendatanginya agar mendoakan mereka kepada
Allah. Waktu itu ketika mendengar penjelasan Israfil, berkata Azazil :
"Ya Allah! Hamba-Mu yang manakah yang berani menentang perintah-Mu, sungguh aku ikut mengutuknya."
Azazil
lupa, dirinya adalah juga hamba Allah dan tidak menyedari bahawa
perkataan "hamba" yang tertera pada tulisan di pintu syurga itu merujuk
kepada sesiapa saja, termasuk dirinya.
Selepas mendengar
ketetapan Allah, Iblis bertambah nekad seraya memohon kepada Allah agar
diberi keistimewaan. Berkata sang Iblis :
"Ya Allah, beri tangguhlah kepada aku sampai mereka ditangguhkan."
Allah
bermurah hati dan Iblis mendapat apa yang diminta iaitu hayat yang
panjang selama manusia masih hidup di muka bumi sebagai khalifah. Dasar
Iblis, Allah yang maha pemurah tetapi masih juga bongkak. Lantas
bersumpah sang Iblis akan menyesatkan Adam dan anak cucunya, kecuali
hamba-hamba yang mukhlis di antara mereka.
Maka kata Allah :
"Yang
benar adalah sumpah-Ku dan hanya kebenaran itulah yang Ku katakan.
Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jahanam dengan jenis dari
golongan kamu dan orang-orang yang mengikutimu di antara mereka
semuanya."
Maka korban pertama dari usaha penyesatan yang
dilakukan Iblis tentu saja Adam dan Hawa. Dengan tipu daya dan hasutan,
Adam dan Hawa lupa kepada perintah dan larangan Allah. Keduanya tersedar
setelah Allah murka, tetapi sudah terlambat. Adam dan Hawa diusir dari
syurga dan ditempatkan di bumi. Kejayaan Iblis menjadikan Adam dan Hawa
sebagai korban pertama penyesatannya tak boleh dilihat sebagai sebuah
kebetulan. Adam dan Hawa bagaimanapun adalah bapa dan ibu seluruh
manusia, lebih awal dari semua sperma dan telur. Mereka berdua menjadi
alat ukur keberhasilan atau tidak usaha Iblis menyesatkan manusia. Jika
asal usul seluruh manusia sudah berhasil disesatkan apatah lagi anak
cucunya.
Kesimpulannya, kesesatan yang di dalamnya juga ada
sombong, takbur, selalu merasa dirinya paling hebat, lupa bahawa masih
ada Allah menjadi punca kesesatan manusia sampai kelak di ujung zaman.
Di
dalam hadis, banyak kisah tentang kaum atau umat terdahulu yang takbur
menentang dan memperlekehkan hukum-hukum Allah sehingga ditimpakan
kepada mereka azab yang mengerikan. Kaum Aad, Tsamud, kaum Nuh, kaum
Luth dan Bani Israel adalah sedikit contoh dari bangsa-bangsa yang
takbur dan sombong lalu mereka dihujankan bencana dan malapetaka oleh
Allah. Kerana sifat takbur pula orang-orang seperti Fir'aun si Raja
Mesir kuno, Qarun, Hamaan dan Abu Jahal juga menerima azab yang sangat
pedih di dunia dan pasti di akhirat kelak.
Pada zaman sekarang
manusia sombong yang selalu menentang Allah bukan berkurang, sebaliknya
makin bertambah. Ada yang sibuk mengumpulkan harta dan kemudian
menonjolkan diri dengan kekayaannya. Yang rajin mencari ilmu, tetapi
kemudian takbur dan merasa dia paling pintar. Sebagian berbangga dengan
asal usul keturunan kononnya turunan ningrat, anak kiai, dan sebagainya.
Ada juga yang merasa diri paling cantik, paling putih, paling mulus
dibanding manusia lain. Mereka yang beribadah, solat siang malam, puasa,
zakat dan menunaikan haji merasa paling soleh dan sebagainya. Ada yang
meninggalkan perintah-perintah Allah hanya kerana mempertahankan budaya
warisan nenek moyang dan seolah-olah segala di luar budaya itu tak
bernilai. Tak sedikit juga yang mengetepikan larangan-larangan Allah
hanya kerana mengejar era maju zaman moden yang selalu dibanggakan.
Sebagai manusia, orang-orang seperti itu tidak berguna sama sekali. Mata
jasmani mereka memang melihat, tapi mata hatinya sudah buta menilai
kebenaran dan kebesaran Allah. Allah telah dijadikan nombor dua
sementara yang nombor satu adalah diri dan makhluk lain di sekitar
dirinya. Hati mereka menjadi gelap tanpa nur iman sebagai pelita. Akal
mereka tidak dapat membezakan antara yang hak (benar) dengan yang batil
(salah).
"Kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan menyombongkan diri (takbur)"
(Surah Al-Muddaththir : 23).
Iblis
sebagai pelopor sifat takbur selalu mendorong sesiapa sahaja untuk
bersifat takbur dan mewariskannya. Tujuannya jelas untuk menunaikan
sumpahnya.
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka
jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi
tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka
mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda
kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai
binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah
orang-orang yang lalai" (Surah Al-Araaf : 179).
Penawar Takabur
Seperti
penyakit hati yang lain, mengobati sifat dan sikap sombong bukan
perkara mudah. Tak ada doktor, tabib atau saintis yang boleh
mengubatinya. Dari itu, ada beberapa yang disebut sebagai ubat mengatasi
sombong atau takbur.
Pertama adalah tawaduk atau merendahkan
hati. Hanya dengan sikap rendah hati, meyakini tak ada yang lebih dan
tak ada yang patut dibanggakan dari diri dan apapun yang diperbuat diri,
semua kesombongan boleh disingkirkan. Sikap tawaduk mampu mengimbangi
jiwa dari sifat takbur kerana hanya dengan rendah hati manusia bisa
melaksanakan perintah Allah. Seorang yang selalu rendah hati, maka
padanya tidak akan ada rasa bongkak dan besar diri apalagi merasa lebih
dari yang lain. Ia senantiasa meyakini sesuatu yang istimewa pada
dirinya atau orang lain, semata kerana anugerah Allah.
Kedua
adalah tawakal melawan sombong. Dengan tawakal atau berserah diri
sepenuhnya kepada Allah maka akal akan menyedari dan hati akan meyakini,
semua yang terjadi pada manusia dan seluruh makhluk adalah atas
kehendak Allah dan kerana itu tak layak bagi manusia untuk menyombongkan
diri selain hanya berpasrah pada Allah. Sifat takbur setiasa mendorong
manusia untuk ingkar kepada Allah, sebaliknya tawakal sentiasa menyuruh
manusia berbuat menurut ketentuan Allah.
"Maka disebabkan rahmat
dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu
bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari
sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi
mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian
apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya."
(Surah Ali 'Imran : 159).
Ibarat
manusia, maka akan didapati tawaduk adalah roh dan tawakal sebagai
jasad. Kerana bersangkut tentang kesempurnaan dimensi batiniah dan
dimensi jasmaniah, maka sangat jelas keberadaan dua sifat ini (tawaduk
dan tawakal) sangat menentukan keberadaan nafsu (jiwa) yang bertempat
antara roh dan jasad (lahiriah dan batiniah), termasuk sifat sombong.
Kerana itu jika roh dan jasad tadi tak bersatu, sulit bagi manusia bisa
mencapai darjat sebagai manusia utuh atau insan kamil.
sumber : https://www.facebook.com/jalu.din?ref=tn_tnmn#!/notes/%C4%B5a%C6%AA%CA%8B-di%C9%B2/sejarah-azazil-penghulu-segala-malaikat-moyang-segala-iblis/501229919961964